Rakyat Scotland Undi ‘Tidak’, Scotland Kekal dalam UK

55

scotland-vote-report

Scotland telah mengundi ‘tidak’ kepada kemerdekaan, dan kekal dalam UK, selepas berjuta-juta pengundi  turun mengundi pilihan raya untuk membuat keputusan masa depan United Kingdom. Undi itu telah berpecah 55.4% kepada 44.7%, dengan 28 daripada 32 kawasan majlis mengundi ‘Tidak’, dan empat mengundi ‘Ya’.

Jumlah keluar mengundi adalah sebanyak 84.6%. Menteri Pertama Alex Salmond mengakui kekalahan, tetapi berkata 1.6 juta Rakyat Scots yang mengundi untuk kemerdekaan menunjukkan skala sokongan untuk perubahan meningkat.

Alistair Darling, ketua kempen ‘Better Together'(pro UK), menyambut kemenangan dengan memberitahu penyokong “the silent has spoken”.

David Cameron berkata keputusan menyelelesaikan isu ini untuk generasi, dan mengesahkan akan ada “penempatan baru dan adil” untuk kedua-dua Scotland dan England.

Sehingga kini, pair GBPUSD munurun hampir 80 pips, dari 1.64670 ke 1.63880 ketika laporan ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat