Carney: Rakyat UK Melihat Ketaktentuan Brexit

50

Gabenor Bank of England Carney semalam menegaskan bahawa Monetary Policy Committee (MPC) tidak terlalu bimbang dengan kadar inflasi yang mungkin melebihi sasaran (inflation overshoot) dan akan terus menstabilkan trade-offs yang disebabkan referendum Brexit dan penyusutan Pound. Trade off ialah kos lepas di mana di dalam membuat keputusan pemilihan satu daripada dua barang yang lebih diperlukan

Carney yakin dengan perkembangan ekonomi jangka pendek dengan isirumah masih melihat Brexit sebagai ketaktentuan dengan adanya isyarat ekonomi yang semakin perlahan. Dalam masa yang sama persepsi kepada keselamatan kerja kekal kukuh.

Petunjuk-petunjuk ekonomi UK setakat ini mencatatkan peningkatan yang kukuh dengan keadaan permintaan dalam ekonomi yang semakin baik.

Nisbah simpanan pula menyusut dan semakin manghampiri paras terendah, dengan pinjaman pengguna yang semakin meningkat. Pihak bank pusat menjangkakan peningkatan penggunaan akan menjadi perlahan berikutan inflasi yang semakin tinggi memberi kesan kepada pendapatan benar.

Data-data lepas juga menunjukkan pertumbuhan yang dipacu oleh penggunaan cenderung untuk  perlahan dan tidak bertahan lama berbanding pengembangan ekonomi yang dipacu oleh pelaburan. Hal ini kerana perbelanjaan yang disebabkan peningkatan pendapatan dan hutang yang semakin tinggi akan menyebabkan berlakunya pembetulan pasaran (correction).

Menurut Carney, inflasi 2% dalam masa tiga tahun memerlukan untuk kadar faedah berada dalam kadar 100 mata asas lebih tinggi dari kadar semasa, tetapi ini akan menyebabkan pengangguran bertambah sebanyak 250,000.

MPC (Monetary Policy Committee) memilih kadar inflasi yang tinggi untuk mengurangkan jumlah pengangguran. Walau bagaimanapun, pilihan ini ada hadnya kepada inflasi yang tidak boleh terlalu tinggi dari paras sasaran.

Carney mengatakan segala prospek pertumbuhan ekonomi dan kewangan akan di bentangkan minggu hadapan dalam mesyuarat MPC, walaupun segala retoriknya semalam menjangkakan pengekalan kadar polisi itu nanti. Tiada reaksi pasaran yang signifikan semasa ucapan Carney.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat