RAM Ratings Kekalkan Kadar 3.8% Bagi Unjuran KDNK Malaysia 2021

128

RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) terus mengekalkan unjuran 2021 bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 3.8%.

Menurut laporan yang terkini, kadar vaksinasi yang kian mencatatkan peningkatan secara tidak langsung bakal memberi impak rangsangan yang positif kepada pertumbuhan.

Susulan itu, ia juga dijangka akan memudahkan untuk pembukaan semula sebahagian besar sektor ekonomi pada suku keempat.

Agensi penarafan kredit itu menambah bahawa bagi 2022, ia menyenaraikan unjuran pertumbuhan di antara 7%-8%.

Melihat kepada pemulihan permintaan global yang berterusan terutamanya permintaan untuk semikonduktor kian melonjak akan mendorong peningkatan prestasi Malaysia pada tahun hadapan.

Namun, keadaan ekonomi dijangka akan tidak stabil sepenuhnya sehingga selepas 2022 susulan impak terhadap ekonomi telah mencetuskan jurang pengeluaran yang negatif dalam jangka pendek.

“Kami menganggarkan bahawa pasaran ekonomi pada keseluruhannya akan beroperasi pada kadar 5% di bawah potensi pengeluarannya pada 2022,” tambahnya.

Dalam pada itu, ia mengatakan kadar vaksinasi akan terus kekal sebagai penanda aras dan pemacu utama bagi pemulihan domestik dan juga pemulihan ekonomi global yang berterusan.

RAM Ratings menjangkakan kadar pengeluaran secara keseluruhan pada 2022 bakal mencapai kira-kira 4.8%-5.8% yang mana lebih tinggi berbanding paras yang dicatatkan pada 2019.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat