Ramai ‘Rindu’ Ringgit Mengukuh, Masih Sendu Atas RM4.60

139

Baru-baru ini, Ringgit Malaysia (RM) melantun semula selepas hampir seminggu alami penurunan. Namun, ia dibuka tinggi sedikit disebabkan oleh Federal Reserve (Fed) bertindak untuk mengurangkan Kadar Dana Persekutuan (FFR) pada 2024 dan melemahkan mata wang dolar AS.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Afzanizam Rashid berkata Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) telah membuat keputusan untuk mengekalkan FFR stabil pada 5.25% hingga 5.50% berdasarkan maklumat mesyuarat terkini.

Katanya lagi, keputusan ini dibuat selepas tempoh pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada suku ketiga 2023 di mana keluaran kasar dalam negara berkembang sebanyak 5.2%. Berlakunya peningkatan ketara daripada pertumbuhan 2.1% yang dilihat dalam suku kedua 2023.

Beliau berkata sentimen keseluruhan dalam kalangan ahli FOMC nampaknya bernada ‘dovish’ dengan konsensus bahawa pemotongan kadar selanjutnya mungkin dapat membawa ekonomi ke arah ‘soft landing’.

Berikutan itu, kemungkinan gandingan ringgit-dolar AS akan melepasi paras sokongan segera pada RM4.6611 hari ini. Mata wang negara sedang pesat membangun dan berkemungkinan besar berlakunya pergerakan positif dalam masa terdekat ini.

Walaubagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama. Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.9557 daripada 5.9130 pada akhir urus niaga semalam, rendah berbanding euro kepada 5.1286 daripada 5.0888 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2830 daripada 3.2977.

Berbanding mata wang Asean, ringgit juga diniagakan lebih rendah. Unit tempatan itu susut berbanding peso Filipina kepada 8.38 daripada 8.37, rendah berbanding rupiah Indonesia pada 301.2 daripada 301.1 semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat