Ramalan CPI AS, GBP/USD Bakal Tembus Bawah $1.2700 Atau Atas $1.2800?

248

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD kian bercampur-baur, namun pelabur memahami risiko tersebut ketika data inflasi Amerika Syarikat (AS) semakin hampir diterbitkan.

Bakal menjadi tumpuan pada awal sesi New York malam ini, data indeks harga pengguna (CPI) diramalkan akan meningkat kepada 3.3% untuk bulan Julai dari paras 3.0% sebelum ini.

Ketika ketidaktentuan yang melanda, mata wang US dolar gagal memaparkan arah pergerakan yang jelas.

Mata wang Pound cuba untuk ‘bernafas’ kembali setelah menahan asakan oleh US dolar pada Selasa lalu.

Namun, pada Rabu semalam harga pada carta GBP/USD hanya paparkan kenaikan di sesi Asia sahaja sebelum berundur turun semula di sesi Eropah bersambung hingga ke penghujung sesi New York.

Harga yang pada mulanya mencapai ketinggian paras 1.27800 telah susut ke sekitar 1.27200 dan perlahan di sekitar tersebut pada pembukaan sesi Asia hari ini (Khamis).

Pergerakan harga yang kembali berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut membawa petunjuk sebagai amaran untuk kejatuhan harga lebih rendah.

Penurunan harga jika berlaku perlu menguji dahulu paras sokongan semasa pada 1.27000 yang sebelum ini beberapa kali berjaya mengekang kejatuhan.

Namun jika harga tembus paras tersebut, penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk menuju ke zon tumpuan berikutnya berada pada 1.26000.

Sementara, untuk ramalan bagi corak kenaikan harga pula, halangan MA50 yang berjaya dilepasi bakal menyaksikan harga menguji zon rintangan pada 1.28000.

Melepasi zon tersebut barulah harga berupaya untuk mendaki lebih tinggi menuju sasaran pada paras rintangan 1.29000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat