Ramalan Harga Emas XAU/USD: Data PPI & Retail Sales Menjadi Tumpuan

1,882

[Artikel Tajaan]

Harga emas sejak pembukaan sesi pasaran Asia hari ini dilihat telah didagangkan berhati-hati di paras $2,170 berikutan beberapa pengumuman laporan data “Producer Price Index”  dan “Retail Sales” yang dijadualkan pada malam ini.

Laporan data “Retail Sales” dijangka meningkat semula sebanyak 0.8% pada bulan Februari berbanding penurunan 0.8% yang telah dilaporkan pada Januari 2024.

Selain itu juga laporan data “Producer Price Index'” turut juga dijangka akan meningkat sebanyak 1.1% (Tahunan) pada bulan Februari berbanding bacaan sebelumya sebanyak 0.9%.

Jika laporan data pada malam ini menunjukkan pengukuhan permintaan (Consumer) dan pengekalan tinggi inflasi maka ia sekaligus mampu menekan harga emas untuk diniagakan lebih rendah.

Analisa Teknikal

Berdasarkan carta harian, sesi dagangan semalam melihat harga emas melakukan kenaikan di atas paras $2,145. Harga emas perlu diniagakan lebih tinggi di atas paras $2,185 bagi melanjutkan kenaikan seterusnya ke paras $2,250.

Sebaliknya jika paras $2,185 mampu dipertahankan emas akan terus ditekan keparas lebih rendah sehingga $2,125-$2,116 jika $2,145 berjaya ditembusi.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat