Ramalan Harga Emas XAU/USD: FED vs Geopoltik, Pelabur Emas Berhati-hati

1,238

[Artikel Tajaan]

Harga emas telah diniagakan tutup di bawah paras $2,400 semalam sejurus kenyataan “hawkish” disampaikan oleh pengerusi Fed Jerome Powell.

Powell telah menyatakan bahawa pengekalan kadar faedah sedia ada dijangka akan masih lagi kekal untuk satu tempoh yang lama.

Selain itu juga Fed tidak akan terburu-buru untuk melaksanakan pemotongan kadar feadah berikutan potensi kenaikan bacaan inflasi yang disebabkan faktor geopolitik dunia.

Tumpuan pasaran pada malam ini akan menantikan laporan data “Fed Beige Book” dan ucapan oleh “Fed’s Mester” bagi mendapatkan gambaran penuh terhadap pelan tindakan pengekalan kadar faedah oleh Fed bagi tahun 2024.

Pasaran kini hanya menjangkakan sebanyak 25-50 mata asas pemotongan kadar faedah bermula mesyuarat FOMC Julai & September 2024.

Kenyataan “Hawkish” oleh Fed Powell semalam dilihat telah gagal memberikan impak yang kuat terhadap pasaran emas. Ini berikutan kebimbangan pemain pasaran terhadap serangan balas oleh Israel terhadap Iran.

Pada awal minggu ini, Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa negara itu bakal melaksanakan sekatan ekonomi ke atas Iran. Tindakan Amerika ini dilihat mampu memberikan tekanan yang kuat terhadap konflik geopolitik timur tengah. Amerika dijangka akan mengumumkan sekatan ekonomi yang lebih terperinci terhadap Iran pada Jumaat 18 April 2024.

Analisa Teknikal
Berdasarkan carta 4 jam (4-Hours Time Frame),  pasaran emas memerlukan “candlestick” bullish yang diniagakan tutup di atas paras harga $2,396 untuk emas kekal diniagakan tinggi.

Sekaligus menjadikan paras $2,432 sebagai halangan utama sebelum harga $2,450 berjaya di capai. Namun jika sebaliknya, paras harga $2,375 bakal diuji.

Sekiranya paras tersebut berjaya dipecahkan $2,350 dilihat bakal menjadi halangan utama sebelum emas terus diniagakan rendah pada paras $2,319.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat