Ramalan Kripto 2022: NFT, Metaverse Akan Menjadi Trend Yang Sangat Luar Biasa!

4,113

Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum 2022 membuka tirai.

Tetapi ada perkongsian menarik daripada penganalisis dan pakar mengenai trend di dalam industri kripto, bakal menyaksikan pertumbuhan dan pengukuhan yang luar biasa pada tahun hadapan.

  • Non-fungible token(NFT) semakin ‘liar’
    • Majoriti penganalisis dan pakar pasaran bersetuju NFT akan mendapat perhatian yang luar biasa pada tahun depan, lebih dari yang dijangka pada 2021.
    • Menurut pengasas bersama Boson Protocol, Justin Banon: “Pada separuh pertama 2021, jualan NFT terkenal berjaya mencatatkan keuntungan sehingga sekitar $64 juta setiap bulan. Tahun hadapan pula mungkin $41 juta setiap hari.”
    • Dakwaan Banon diakui pengasas bersama Hedera Hashgraph (HBAR): “NFT bakal menjadi ‘dadah’ untuk industri kripto. NFT juga akan menarik lebih banyak pengguna menyertai Web 3.0.
  • Permainan dan metaverse
    • Ramalan mendapati metaverse akan menjadi satu trend yang mudah dipindah alih arah diatara dunia maya dan realiti.
    • Permainan berasaskan blockchain atau kripto akan menjadi kegilaan.
    • Tidak mustahil akan berlaku lonjakan minat terhadap konsep ini dari komuniti permainan tradisional dan blockchain.
  • Skalabiliti dan saling kendali menjadi tumpuan
    • Pembangun blockchain mula memfokuskan kepada kepentingan skalabiliti dan saling kendali .
    • Beberapa aspek akan diberi tumpuan: keterhadan saiz blok, kepantasan transaksi, jalur lebar rangkaian, dan saling kendali.
  • Dominasi Bitcoin (BTC) semakin kukuh tapi berisiko
    • Peningkatan kadar inflasi dan faedah global akan memberi impak kepada pasaran kewangan sekaligus menyebabkan ketidakstabilan harga mata wang kripto.
    • Tetapi pengaruh Bitcoin (BTC) akan kekal dan terus berkembang lagi-lagi selepas El Salvador jadikan mata wang kripto itu sebagai tender sah.
    • Walaupun Ethereum dikatakan akan mengatasi Bitcoin, raja kripto itu tetap akan bertahan sebagai aset yang mendominasi pasaran.

Bagaimana pula dengan ramalan atau mungkin harapan anda terhadap pasaran kripto pada tahun hadapan?

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat