Ramalan Meleset! USD Tak Sambung Kukuh, Tapi Melemah Semula

747

Momentum pengukuhan US dolar dilihat gagal dikekalkan semalam apabila arah pergerakan mata wang itu mula berubah.

US dolar didagangkan lemah menyusut semula dari paras tertinggi hampir 3 bulan yang berjaya dicapai di pembukaan awal minggu ini.

Penganalisis walau bagaimanapun menjangkakan situasi ini adalah sebagai pembetulan harga di mana data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan kukuh sebelum ini masih menjadi faktor yang akan menyokong pergerakan positif US dolar.

Peratusan jangkaan untuk langkah ‘cut rates’ oleh Federal Reserve (Fed) pada Mac semakin rendah kepada 19% berbanding pada pembukaan awal tahun pada sekitar 68%.

Pandangan oleh ahli-ahli FOMC pada minggu ini akan diperhatikan yang berkemungkinan boleh mempengaruhi pergerakan US dolar dan juga petunjuk terhadap dasar monetari selanjutnya.

Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester mengatakan jika prestasi ekonomi AS seperti yang beliau jangkakan, ia akan mendorong langkah penurunan kadar faedah dilaksanakan. Namun beliau tidak memberi jaminan tempoh waktu yang sesuai dengan situasi inflasi yang sukar dijangka.

Bank pusat yang lain dilihat bersetuju dengan situasi Fed ketika ini. European Central Bank (ECB) tidak tergesa-gesa untuk memotong kadar faedah sebelum benar-benar memastikan kadar inflasi berada dalam kawalan.

Seperti kebiasaan, situasi penyusutan semula US dolar kembali membuka ruang untuk mata wang utama lain bernafas semula setelah diasak sebelum ini.

Dolar Australia meneruskan peningkatan selepas mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) semalam selepas pelabur menilai tiada perubahan pada nada bank pusat itu iaitu masih bersedia untuk meneruskan pengetatan dasar jika keadaan memerlukan dengan sasaran untuk mencapai inflasi 2%.

Rakan mata wangnya, dolar New Zealand turut paparkan prestasi cemerlang di awal sesi Asia pagi ini disokong laporan data pekerjaan New Zealand yang memberangsangkan untuk bacaan suku terakhir 2023.

Mata wang Eropah, Euro dan Pound masing-masing juga menunjukkan pemulihan harga semula semalam setelah kejatuhan ketara sejak penghujung minggu lalu.

Perkembangan pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat perlahan bagi kedua-dua penanda aras WTI dan Brent.

Sementara, emas pamerkan prestasi baik dengan peningkatan nilainya di atas paras $2,030 semula semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat