Rancak! GBP/USD Junam 180 Pips, Lonjak Balik 150 Pips!

157

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada Selasa semalam menyaksikan penurunan harian sehingga 180 pips memberikan kejutan kepada pelabur.

Setelah perlahan di sesi Asia, pergerakan harga mula rancak pada awal sesi Eropah dengan pengukuhan US dolar telah menekan Pound tersungkur jatuh ke paras terendah 6 minggu.

Pelabur berkemungkinan meletakkan jangkaan bagi pengukuhan US dolar menjelang minit mesyuarat FOMC yang bakal diterbitkan pada awal pagi Khamis.

Sementara, pelabur juga berwaspada dengan sentimen pasaran yang agak berisiko ekoran laporan peningkatan kes Covid-19 di China selepas sekatan pergerakan yang dilonggarkan baru-baru ini.

US dolar dilihat memiliki sedikit kelebihan, namun perubahan arah harga tidak dinafikan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Selepas harga pada carta GBP/USD jatuh mencecah sekitar 1.19000, berlaku lantunan semula di sesi New York sekitar 150 pips menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta tersebut.

Gagal melepasi halangan itu, harga susut semula dan menutup dagangan penghujung sesi di bawah zon 1.2000 yang sebelum ini merupakan zon support harga, namun telah berjaya ditembusi.

Zon 1.2000 kini menjadi rintangan buat harga di mana dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu) melihatkan harga berlegar menguji rintangan tersebut.

Penurunan lebih rendah harga akan dijangkakan untuk menuju paras tumpuan seterusnya sekitar 1.18800.

Penurunan yang dilanjutkan bakal mencecah ke zon support pada 1.18000.

Sebaliknya, jika harga berjaya melonjak semula di atas zon 1.2000, melepasi halangan MA50 akan mencetus isyarat perubahan trend bullish.

Harga bakal membaut kenaikan dan menguji zon rintangan pada 1.21000 yang telah diuji sejak beberapa minggu sebelum ini.

Melepasi rintangan itu, sasaran kenaikan lebih tinggi adalah sekitar 1.22000 untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat