Rancak Nampak? Ekuiti Global Bergerak Dengan Penuh Bergaya

81

Berpandukan harapan bahawa data bulan Ogos boleh meredakan inflasi dan berita kemas kini Ukraine menentang Rusia, ekuiti global meneruskan rali buat kali ke-4.

Kelemahan pada nilai dolar menjelang terbitan data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS), di mana kembali tercetus jangkaan untuk Federal Reserve akan kurang agresif dengan kenaikan kadar faedahnya, dimanfaatkan oleh ekuiti.

Hasilnya dapat dilihat dengan Dow Jones Industrial naik 0.71% pada 32,381.34 sementara S&P 500 capai 1.06% pada 4,110.41 dan Nasdaq Composite tambah 1.27% pada 12,266.41.

Ulas Robert Pavlik dari Dakota Wealth, pelabur mengharapkan penurunan pada inflasi yang akan menterjemahkan ‘kenaikan kadar faedah kecil’ selepas mesyuarat FOMC.

Beralih ke zon Eropah, indeks STOXX 600 ditutup tinggi 1.76% sementera tolok MSCI saham seluruh dunia naik 1.26%.

Jelas penganalisis Michael O’Rourke bahawa saham Eropah mengalami kenaikan selepas berita pengunduran Rusia dari utara Ukraine, yang meruntuhkan barisan hadapan ketenteraan Moscow.

Di rantau Asia pula Nikkei 225 Jepun naik 0.26%, Topix lonjak 0.18% sementara Kospi Korea Selatan tambah 1.78% dan Kosdaq canak 1.9%.

Indeks S&P/ASX 200 Australia naik 0.6% dan secara keseluruhan tolok meluas MSCI saham Asia Pasifik luar Jepun capai 0.35%.

Ringkasan mata wang menyaksikan indeks dolar susut 0.368% dengan Euro naik 0.75% pada $1.0114 tatkala Yen melemah 0.21% pada $142.85 dan Pound tambah 0.78% pada $1.1677.

Dalam pada itu, nota penanda aras 10 tahun jatuh 10/32 harga pada hasil 3.3577% dari 3.321% sementara bon 30 tahun turun 30/32 harga pada hasil 3.5094% dari 3.456%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat