Rancangan Baru Itali Ini Bakal Beri Manfaat Buat Matawang Euro

178

Kerajaan Itali sedang menyiapkan pakej rangsangan baru bernilai sekitar € 40 bilion untuk menyokong ekonominya yang dilanda coronavirus, lapor Reuters.

Pinjaman tambahan mungkin akan mendorong defisit belanjawan tahun ini melebihi 10% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), meningkat dari 9.5% pada tahun 2020 ketika ekonomi menyusut sebanyak 8.9%.

Wang itu akan membiayai geran tambahan kepada perniagaan yang terpaksa ditutup kerana sekatan coronavirus serta memperpanjangkan moratorium hutang yang ada untuk syarikat kecil dan sederhana yang terkesan akibat langkah penutupan oleh kerajaan.

Dengan pelancaran pakej rangsangan baru ini, ia dilihat sebagai petanda baik untuk pembukaan semula ekonomi negara itu.Malah, kadar vaksinasi di Eropah juga dijangka akan meningkat dengan mendadak dalam beberapa bulan akan datang.

Perdana Menteri Itali, Mario Draghi meningkatkan tekanan terhadap syarikat-syarikat pembuat vaksin sebagai usaha untuk mempercepatkan penghantaran vaksin kerana negara itu berisiko kehilangan sasaran utamanya dalam melaksanakan vaksinasi.

Draghi juga selalu berhubung dengan ketua pegawai eksekutif syarikat farmaseutikal bagi memastikan jadual penghantaran dipatuhi, di mana Itali dijangka akan emnerima 52.5 juta dos vaksin pada suku kedua.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat