Rang Undang-Undang Terhadap Firma China Diluluskan Senat AS, Saham Alibaba Susut

0 624

Boleh dikatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) kini sudah menarik nafas lega apabila rang undang-undang membolehkan syarikat China tidak tersenarai di dalam saham AS atau menerima wang daripada mana-mana pelabur AS telah diluluskan oleh senat.

Rang undang-undang yang diperkenalkan oleh Senator John Kennedy dari Republik Louisiana menuntut syarikat untuk mengesahkan bahawa mereka tidak terikat atau dikuasai oleh mana-mana kerajaan luar.

Ini bermakna berdasarkan peruntukan akta yang digariskan, jika berlaku sesebuah syarikat tidak dapat membukti mereka bebas dari sebarang kawalan dari kuasa asing atau pihak Public Company Accounting Oversight Board (PCAOB) tidak dapat mengaudit syarikat selama tiga tahun berturut untuk mengesahkan tiada kawalan dari luar, secara automatik syarikat tersebut akan disingkirkan dari perdagangan nasional.

Tindakan ini menyebabkan dua syarikat besar China, Alibaba Group Holding Ltd dan Baidu Inc. telah disingkirkan daripada senarai bursa saham AS di tengah-tengah kegawatan hubungan antara dua ekonomi terbesar dunia dengan saham Alibaba dilihat jatuh melebihi 2%.

Penubuhan akta tersebut berikutan daripada isu penyelewengan oleh eksekutif Luckin Coffee, syarikat yang berpangkalan di China. Penyelewengan yang melibat wang bernilai $310 juta hasil jualan 2019 menyebabkan Nasdaq bertindak menyingkirkan mereka dari pasaran AS sekaligus memecat CEO dan COO syarikat tersebut. Saham mereka jatuh teruk lebih daripada 90% pada 2020.

Tidak cukup dengan itu, kedegilan China menolak PCAOB untuk memeriksa audit syarikat mereka menyebabkan White House menggesa Presiden Trump untuk bertegas dengan arahan pemeriksaan audit apabila berlaku pertelingkahan antara Beijing dan Washington berkenaan isu perdagangan dan ekonomi pada tahun lepas.

Walaupun akta tersebut dikenakan bertujuan untuk menyelamatkan perdagangan AS daripada sebarang penipuan saham daripada syarikat asing, namun tidak dapat dinafikan jika penubuhan akta oleh senat memfokuskan kepada China, dengan harapan pihak luar yang ingin berdagang di pasaran US untuk bertindak sewajarnya.

Pihak Securities and Exchange Commission yang memantau beberapa pasaran besar di AS, memberi amaran terhadap pelaburan yang berasaskan syarikat asing mampu menimbulkan risiko yang besar berbanding pelaburan dengan syarikat domestik.

PCAOB dan SEC merupakan pertubuhan yang dibangunkan bertujuan untuk memantau audit seluruh syarikat di AS yang ditubuhkan untuk menjana wang dalam pasaran awam.

 

Anda mungkin juga berminat