Rangkaian Tezos Jadi Tumpuan, XTZ Kekal Kukuh Dalam Kegalauan Pasaran Kripto!

198

Keadaan pasaran kripto yang sedang berhadapan dengan pembetulan harga, hanya Tezos (XTZ) sedang menyaksikan peningkatan harga yang positif dengan lonjakan hampir 4%, didagangkan pada $3.88 (RM16.22) ketika artikel ini ditulis.

Rupanya prestasi Tezos pada hari ini didorong oleh aktiviti berkaitan dengan non-fungible token (NFT) dan peningkatan jumlah kontrak pintar yang meningkat dari 200 kepada lebih 600.

Sebagai rekod, transaksi harian di rangkaian Tezos pada Ogos 2021 mencatatkan lonjakan selepas pelancaran kemaskini pengurangan tempoh penghasilan blok.

Hal yang sama berlaku terhadap transaksi yang melibatkan kontrak pintar ketika platform NFT seperti FX Hash mula mendapat perhatian mendadak.

Lebih mengukuhkan prestasi Tezos pada hari ini adalah kerana Ubisoft dijangka akan melancarkan NFT permainan di rangkaian itu, termasuk McLaren Racing yang mahu merasmikan koleksi NFT ‘McLaren Racing Collective’ sebagai usaha mendekati lebi 87 juta peminat Formula 1.

Lebih mengujakan, kemaskini yang terbaru di rangkaian itu berjaya mengurangkan kos kontrak pintar sehingga 75%, membolehkan Tezos menyaksikan lebih 6 juta panggilan kontrak (contract calls) pada bulan ini.

Rekod-rekod ini membuktikan Tezos mampu bangkit menjadi pesaing dekat bagi Ethereum dan Binance Smart Chain (BSC) berdasarkan sudut kewangan desentralisasi (DeFi).

Buktinya, Tezos mencatatkan jumlah nilai terkunci (TVL) bernilai lebih $91 juta.

Adakah anda sebahagian daripada pelabur XTZ?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat