Ransomware Heists – Pentadbiran Biden Ambil Tindakan Terhadap Bursa Kripto SUEX!

631

Pentadbiran Joe Biden pada hari ini mengumumkan akan melancarkan sekatan terhadap pertukaran aset kripto kerana memainkan peranan membolehkan transaksi secara haram dilakukan dari serangan ransomware. Hal ini dimaklumkan oleh para pegawai pentadbiran dan ia sebagai usaha lebih tegas untuk mengatasi ancaman yang semakin meningkat.

Jabatan Perbendaharaan menuduh Suex OTC, S.R.O. membenarkan transaksi yang melibatkan hasil haram untuk sekurang-kurangnya lapan varian ransomware. Adriemo, Timbalan Setiausaha Perbendaharaa dalam salah satu temubual menyatakan pertukaran kripto seperti Suex adalah sasaran utama bagi penggodam untuk mengaut keuntungan dari hasil ransomware.

Tambah beliau, tindakan hari ini adalah sebagai pendedahan dan menekan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Penggodam menggunakan ransomware untuk mematikan dan mengambil alih sistem kawalan. Kegiatan ini hanya akan dihentikan setelah mendapat imbuhan yang besar kebiasaannya di bayar dalam aset kripto.

Pada tahun 2020, pembayaran ransomware mencecah lebih dari $ 400 juta, lebih dari empat kali ganda pada tahun 2019, kata Anne Neuberger, timbalan penasihat keselamatan nasional. Pegawai pentadbiran tersebut mengatakan bahawa pihak pentadbiran juga memperbaharui panduan mengenai sekatan bagi mendorong mangsa serangan ransomware berkongsi maklumat dengan pihak berautoriti.

Perbendaharaan mengatakan analisis transaksi Suex yang diketahui menunjukkan bahawa lebih daripada 40% daripadanya melibatkan kegiatan haram. Sekatan itu, termasuk dalam perintah eksekutif 2015 yang mensasarkan penjenayah siber, menyekat akses Suex ke semua harta A.S. dan melarang rakyat Amerika bertransaksi dengan syarikat itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat