Rasmi! Google Wallet Kini Boleh Digunakan Di Malaysia

391

‘Para pengguna tegar android kini boleh flex seperti pengguna ApplePay dulu.’

Google secara rasmi melancarkan kemudahan perkhidmatan transaksi atas talian (online) ‘Google Wallet’ kepada pengguna Android dan Wear OS di Malaysia.

Seperti kemudahan eWallet lain, ia menawarkan perkhidmatan pembayaran online termasuk sokongan digital secara terus menerusi kad keluaran Visa.

Menurut kenyataan Visa, pemegang kad kredit Hong Leong Bank dan kad kredit serta kad debit Public Bank kini boleh membuat transaksi di kedai fizikal dan online menggunakan Google Wallet.

Selain itu, pemegang kad kredit HSBC dan HSBC Amanah juga boleh menghubungkan kad Visa mereka kepada perkhidmatan eWallet tersebut pada bulan mendatang.

Sebagai rekod, sejak pandemik Covid-19 lalu Visa melaporkan sebanyak 60% pengguna Malaysia memilih transaksi pembayaran mudah alih dengan 58% mengatakan ia lebih selamat dan 53% menyukai kemudahan tersebut.

Dalam laporan Visa  2021 Consumer Payment Attitudes tersebut turut mengatakan 70% transaksi keseluruhan di Malaysia adalah tanda sentuhan (contactless).

Ulas pengarah Visa cawangan Malaysia, Ng Kong Boon, pencapai tersebut berjaya dicapai berdasarkan sikap positif pengguna negara terhadap pembayaran mudah alih terutamanya selepas pandemik Covid-19 melanda.

Selain itu, Pengarah Urusan Google Malaysia turut memetik jangkaan statistik perkhidmatan pembayaran online negara dijangka mencapai $200 bilion menjelang 2025.

Setakat pelancaran ini pihak Google Malaysia mengatakan eWallet tersebut boleh dimuat turun bagi pengguna Android 5.2 ke atas di PlayStore.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat