Rasmi! Presiden Ukraine Mohon Jadi Ahli EU

5,336

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky secara rasmi menandatangani permohonan untuk menjadi ahli Ukraine dalam Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin.

Permohonan tersebut dibuat susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Eropah, Ursula von der Leyen yang sebelum ini telah berjanji untuk menerima penyertaan Ukraine ke dalam blok itu.

Dalam satu twit yang dikongsikan timbalan ketua pejabat presiden, Andrii Sybiha, menunjukkan Presiden Zelensky yang baru sahaja menandatangani dokumen permohonan tersebut.

Sebelum permohonan itu dibuat, Zelensky telah menggesa EU membenarkan kemasukan segera Ukraine di bawah ‘prosedur khas baharu’.

Tambahnya lagi, matlamat Ukraine untuk menyertai EU adalah ingin bersama semua orang Eropah dan yang paling penting ialah untuk menjadi ‘sama rata’.

“Saya yakin ia adalah adil. Saya yakin kami layak menerimanya. Saya yakin semua ini boleh dilakukan”, kata Zelensky.

Ukraine pada masa ini tidak diiktiraf sebagai calon rasmi untuk keahlian blok itu, walaupun ia telah menjadi sebahagian daripada perjanjian persatuan dengan EU (di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelaraskan ekonomi mereka di kawasan tertentu dan mengeratkan hubungan politik) sejak 2017.

Ini pastinya akan membangkitkan lagi kemarahan Rusia sekiranya Ukraine menyertai EU memandangkan sebahagian besar negara-negara anggota blok itu menyertai NATO.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat