RASMI: Trump Sebagai Presiden Amerika yang Baru !

72

Rakyat Amerika Syarikat telah memilih Donald Trump sebagai pemenang pilihanraya presiden Amerika Syarikat dengan undian setakat ini berpihak kepada beliau iaitu 276 electoral vote berbanding Hillary Clinton 218 undi. Bagi memenangi pilihanraya hanya 270 undi electoral vote untuk memenangi undi majoriti dan Trump telah memenangi 276 kerusi dari keseluruhan kerusi yang dipertandingkan.

Pada masa artikel ini ditulis, pilihanraya presiden berbaki empat lagi negeri yang masih dalam proses pengiraan undian iaitu Alaska, Michigan, Arizona dan akhir sekali New Hampshire. Dalam pengiraan undian keempat-empat negeri ini, Trump masih lagi mendominasi.

Kemenangan Trump ini memang tidak dijangkakan kerana sebahagian besar penganalisis meramalkan Clinton yang akan mendominasi pilihanraya.

Para penyokong Clinton seakan-akan tidak percaya dengan senario yang berlaku pada hari ini yang pada mulanya mereka sangat optimistik Clinton akan meninggalkan Trump jauh di belakang. Ditambah lagi dengan ramalan-ramalan agensi berita utama dunia seperti Bloomberg, CNN, ABC yang menjangkakan Clinton akan menang dengan margin yang agak besar.

Penyokong Demokrat yang berhimpun di depan skrin besar CNN dan MSNBC di New York pada mulanya bersorak bila Clinton memenangi negeri-negeri kecil, namun pada ketika ini kelihatan mereka senyap tanpa suara dengan wajah yang sugul.

Dengan kemenangan ini pasaran masih lagi bergerak dalam julat sederhana kerana pasaran telah pun priced-in kemenangan Trump pada lewat pagi tadi waktu Malaysia. Diharap masyarakat dunia yang menyokong Clinton akan terus melihat kehadapan. Mungkin Trump yang lebih berpengalaman dalam ekonomi sektor korporat akan membawa ekonomi dunia terus maju ke hadapan dalam jangka masa panjang. Tahniah Amerika! Tahniah Trump!!!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat