Ratu England Tunaikan Permintaan Boris Johnson Untuk Tangguhkan Parlimen!

368

Perdana Menteri UK Boris Johnson telah mengambil langkah berani untuk menangguhkan perbicaraan parlimen sekitar 5 minggu dengan tempoh berehat sehingga 14 Oktober. Ini merupakan sebuah strategi untuk melumpuhkan usaha parti pembangkang bagi menghalang no-deal Brexit menggunakan undang-undang.

Pada awalnya parti pembangkang UK telah bersetuju unutk mengikuti prosedur parlimen bagi mendesak Johnson untuk menangguhkan Brexit. Namun menurut penganalisis, tindakan Johson yang terbaru ini mungkin akan membuatkan mereka untuk menjatuhkan beliau.

Johnson juga malah telah meminta izin kepada Queen Elizabeth II untuk menangguhkan parlimen. Tindakan yang membenarkan Johnson untuk melangkaui halangan penggubal undang-undang dan meneruskan agenda no-deal Brexit ini telah mendapat kritikan parti pembangkang. Johson telah dituduh tidak menghormati dan merosakkan proses demokratik. Bukan itu sahaja parti beliau sendiri juga turut tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Alasan Johson berkeras untuk menagguhkan parliment ialah agar beliau mempunyai ruang untuk meneruskan agenda kerajaan baru. Beliau juga menambah bahawa ucapan Ratu England kini dijadualkan pada Oktober 14 iaitu tarikh Johson menyampaikan agenda beliau.

Berdasarkan laporan terkini, Ratu England telah memberi keizinan kepada kerajaan baru untuk menangguhkan parlimen selama 5 minggu semasa dalam mesyuarat Privy Council pada hari ini.

Susulan daripada ini, matawang GBP telah jatuh sebanyak 0.65% berbanding US dolar dan kini didagangkan pada paras 1.2206 setakat jam 10.30 p.m.

Menurut The Church of England pengunduran UK daripada EU secara tergesa-gesa akan memberi impak yang buruk kepada mereka yang berpendapatan rendah dan ia akan merosak kedamaian negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat