Ravencoin (RVN) Tampilkan 4 Perubahan Utama Untuk Fungsi Yang Lebih Cekap

154

Ravencoin merupakan rangkaian digital peer-to-peer (P2P) yang bertujuan untuk melaksanakan kes penggunaan blockchain tertentu.

Direka untuk mengendalikan satu fungsi tertentu dengan cekap, pemindahan aset dari satu pihak ke pihak yang lain dan dibina di atas fork kod Bitcoin.

Ditubuhkan pada 2017 oleh Bruce Fenton, Tron Black dan Joel Weight.

Sebagai fork kod Bitcoin, Ravencoin menampilkan empat perubahan utama iaitu jadual terbitan yang diubahsuai (dengan ganjaran blok 5,000 RVN), masa blok dikurangkan kepada satu minit, bekalan syiling dihadkan pada 21 bilion (sepuluh kali lebih daripada BTC) dan algoritma perlombongan (KAWPOW, dahulunya X16R dan X16RV2) bertujuan untuk mengurangkan pemusatan perlombongan yang disebabkan oleh perkakasan ASIC.

Selanjutnya, teliti carta pergerakan harga RVN/USDT.

RVN mempamerkan rekod pasaran 2021 yang cemerlang dengan menghasilkan kenaikan agresif lebih 2,000% dalam tempoh 2 bulan bermula Januari hingga Februari dengan mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $0.28.

Namun situasi positif tersebut tidak berjaya bertahan lebih lama apabila kejatuhan pasaran kripto khususnya penurunan mendadak nilai Bitcoin, menjejaskan nilai mata wang kripto yang lain termasuk Ravencoin yang turut terkesan.

Pada pembukaan pasaran bulan Jun, pergerakan harga dilihat bergerak secara lemah sehingga menyusut ke paras sokongan sekitar $0.042 yang menjadi perhatian para pelabur.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat berjaya melepasi sokongan dan sedang menguji zon SBR (support become resistance) sekitar $0.05 yang bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Namun, jika harga RVN kembali menyaksikan trend bearish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon sokongan sekitar $0.048-$0.050 samada membuat ‘rebound’ atau meneruskan penurunan ke paras terendah yang pernah di catatkan sebelum ini.

Lihat gambar carta matawang kripto RVN/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat