RBA Dijangka Akan Naikkan Kadar Faedah Pada Bulan Jun

1,464

Laporan minit mesyuarat terbaharu dari Bank Pusat Australia (RBA) menunjukkan bank pusat itu telah membuka ruang untuk memulakan pengetatan dalam dasar monetarinya.

Susulan mesyuarat mesyuarat polisi edisi April, Gabenor Philip Lowe secara jelas telah menghapuskan kenyataannya sebelum ini untuk bersabar dengan pendekatannya terhadap dasar.

Beliau juga mengatakan bahawa beberapa bukti tambahan yang penting akan tersedia pada kedua-dua inflasi dan evolusi kos buruh dalam beberapa bulan akan datang.

Menurut Westpac, ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa para penggubal dasar akan mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat Mei tetapi bersedia untuk bergerak pada mesyuarat seterusnya iaitu pada 7 Jun.

Bukti lanjut bahawa permulaan kitaran kenaikan kadar semakin hampir adalah di mana tindakan bank pusat utama lain, termasuk Amerika Syarikat untuk mengekang inflasi, diberi lebih penekanan berbanding laporan minit mesyuarat yang lepas.

Selain itu, Westpac juga menjangkakan kenaikan sebanyak 15 mata asas dalam kadar faedah pada Jun, dengan peningkatan 25 mata asas pada kebanyakan mesyuarat berikutnya pada 2022 dan mencecah 1.25% pada akhir tahun.

Jangkaan pengetatan dari RBA telah memberi sedikit sokongan buat dolar Aussie untuk meningkat tetapi pergerakan harga dibataskan oleh US dolar yang kuat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat