RBA Tepati Ramalan Pasaran

397

Reserve Bank of Australia (RBA) mengulangi komitmennya untuk mengekalkan kadar faedah pada paras terendah ketika para pembuat dasar berusaha untuk menghentikan peningkatan hasil bon dari mengganggu pemulihan ekonomi.

Seperti mana yang berlaku di Amerika Syarikat ketika ini yang telah menyaksikan hasil bon jangka panjang meningkat dengan ketara sepanjang bulan lalu, RBA turut menyedari pergerakan serupa di pasaran bon Australia.

Oleh itu, bank pusat berkomitmen untuk kekal pada sasaran hasil 3 tahun dan pembelian bon di bawah program pembelian bon diperkenalkan minggu ini untuk membantu kelancaran pasaran.

Menurut bank pusat, pengaturan dasar monetari telah membantu ekonomi dengan mengekalkan kos pembiayaan yang sangat rendah, menyumbang kepada kadar pertukaran lebih rendah daripada yang lain.

Bank pusat juga menjangkakan pemulihan berterusan, dengan senario utama ialah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 3.5% pada tahun 2021 dan 2020. KDNK dijangka kembali ke tahap akhir 2019 pada pertengahan tahun ini.

Selain itu, bank pusat turut menganggarkan bahawa kadar pengangguran masih di sekitar 6% pada akhir tahun ini dan 5.5% pada akhir tahun 2022. Pada asasnya, inflasi pula dijangka meningkat 1.15% pada tahun 2021 dan 1.5% pada 2022.

Mengakhiri mesyuarat polisi bagi bulan Mac, RBA mengekalkan kadar faedah pada 0.10% dan menekankan bahawa sasarannya untuk pekerjaan dan inflasi tidak akan dapat dicapai sekurang-kurangnya sehingga 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat