RBA Tetap Dovish, Lambat Lagi Nak Naikkan Kadar Faedah

167

Meneliti kenyataan terbaru Bank Pusat Australia (RBA) dalam penyata dasar monetari (SoMP) yang dikeluarkan pada sesi Asia, ia mengatakan ekonomi pulih dengan cepat daripada penguncupan yang disebabkan pandemik pada suku lepas.

Bank pusat juga mengakui bahawa inflasi telah kembali ke landasan sasaran 2-3%, dua tahun lebih awal daripada jangkaan sekali gus memaksanya mengetepikan komitmennya untuk mengekalkan sasaran hasil bon pada tahap 0.1%.

Walaupun penutupan coronavirus telah menyaksikan aktiviti menguncup secara mendadak pada suku ketiga, kadar vaksinasi yang meningkat dengan cepat telah membenarkan ekonomi dibuka semula dan perbelanjaan pengguna melonjak semula.

Namun begitu, para penggubal dasar mengunjurkan bahawa kadar faedah tidak akan meningkat sehingga 2024, tetapi tidak menolak kemungkinan untuk kenaikan pada 2023 memandangkan ekonomi sedang menuju pemulihan.

Ini susulan penetapan oleh RBA bahawa mereka perlu melihat pertumbuhan upah secara material yang lebih tinggi dahulu untuk menaikkan kadar.

Menurut RBA, pertumbuhan upah diharapkan meningkat 3% atau lebih secara tahunan untuk mengekalkan inflasi kekal dalam julat sasaran. Namun, ia dijangka dapat dicapai pada akhir 2023.

Sementara itu, bank pusat turut meramalkan pertumbuhan 3% pada akhir tahun ini, sedikit turun daripada 4% yang dijangkakan sebelumnya.

RBA juga meningkatkan unjuran inflasi teras untuk meningkat 2.25% menjelang akhir tahun ini, lebih tinggi dari ramalan sebelumnya hanya menjangkakan untuk mencapai itu pada tahun 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat