RBNZ Naikkan Kadar Faedah, Tapi NZD Pula Menjunam! Apa Kes?

483

Bank pusat New Zealand (RBNZ) menjadi bank pusat utama pertama yang meningkatkan kadar faedah sejak pandemik bermula dan memberi isyarat lebih banyak pengetatan akan dilaksanakan.

Kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 0.50% adalah permulaan kepada kitaran pengetatan yang dijangka bermula sejak Ogos lagi, tetapi ditangguhkan kerana kemunculan varian delta coronavirus yang menyebabkan lockdown dilaksanakan di bandar terbesarnya, Auckland.

Menurut pernyataan yang dikeluarkan RBNZ, para pembuat dasar mengatakan bahawa penghapusan rangsangan monetari lebih lanjut dijangka akan dilakukan dari waktu ke waktu, dengan langkah pada masa depan bergantung pada prospek jangka panjang untuk inflasi dan pekerjaan.

Inflasi utama dijangka meningkat di atas 4% dalam jangka masa terdekat dan akan kembali ke titik tengah 2% dalam jangka masa sederhana. Oleh itu, langkah rangsangan perlu dikurangkan bagi mengekalkan kestabilan harga dan pekerjaan maksimum yang berterusan dalam jangka masa sederhana, kata bank pusat.

Langkah ini meletakkan New Zealand di hadapan kebanyakan negara ekonomi maju lain untuk kelaur dari dasar monetari yang sangat longgar.

Keputusan dan kenyataan terbaru dari RBNZ dilihat sebagai hawkish, namun dolar New Zealand mempamerkan reaksi sebaliknya dengan terus susut kepada 0.6930 berbanding USD.

Penyusutan ini berkemungkinan disebabkan oleh pelabur yang melihat peluang untuk mendapatkan peluang keuntungan dengan melepaskan pegangan terhadap matawang itu dahulu, sebelum mendapatkannya pada harga yang lebih rendah.

Namun, lonjakan terbaru kes di New Zealand pada hari ini, juga menjadi faktor yang menggoyahkan matawang itu, menyebabkannya gagal untuk meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat