RBNZ Nak Naikkan Kadar Faedah Setinggi Ini, Biar Betul?

156

Ketika pelabur tertanya-tanya sejauh mana Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) akan menaikkan kadar faedahnya, bank pusat itu tidak menolak kemungkinan untuk meningkatkannya setinggi 4.25% bagi mengawal inflasi.

Ramalan terbaharu bank pusat menunjukkan kadar tunai rasmi  akan memuncak sehingga 4.1% pada pertengahan 2023, tetapi terdapat kemungkinan bahawa ia boleh meningkat kepada 4.25%, kata Timbalan Gabenor Christian Hawkesby.

Dalam temu bual dengan Bloomberg News pada Isnin, Hawkesby mengatakan RBNZ belum menetapkan anggaran baharu untuk kedudukan neutral tetapi mereka telah berbincang tentang julat 2% hingga 3%.

Beliau juga berkata ekonomi telah berdaya tahan melebihi dari apa yang dijangkakan, dengan penggunaan dan permintaan domestik bertahan lebih daripada yang dicadangkan oleh tinjauan keyakinan perniagaan dan pengguna.

Selain itu, RBNZ mengunjurkan pertumbuhan pekerjaan akan terhenti pada tahun depan tetapi ekonomi akan mengelak daripada kemelesetan. Ia juga menyaksikan inflasi perlahan daripada 7.3% semasa, kepada 3.8% menjelang akhir 2023.

Hawkesby memberitahu bahawa bank pusat itu menggangarkan satu tempoh di mana ekonomi menjadi perlahan, namun ia adalah satu tempoh di mana pasaran buruh bermula dari titik permulaan yang sangat kukuh.

Kelembapan kedua-duanya menurunkan inflasi dan membawa pekerjaan ke tahap yang lebih mampan, ujar beliau.

RBNZ merupakan salah satu bank pusat negara maju pertama yang memulakan kitaran pengetatan agresifnya dan menaikkan kadar faedah serta turut menjadi tumpuan bank pusat utama lain untuk berkongsi pemikirannya mengenai penetapan dasar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat