RBNZ Putuskan Kadar Faedah Tidak Berubah, Kiwi Melonjak Lebih 50 Pips!

205

Pasaran Asia hari ini tertumpu kepada keputusan mesyuarat dasar Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang telah memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada paras 1.00%.

Berikutan itu, pasangan matawang NZD/USD melonjak lebih 50 pips ke sekitar paras harga 0.64550 sejurus selepas keputusan diumumkan sebentar tadi.

Keputusan yang sudah dijangka ini turut disusuli dengan jangkaan RBNZ untuk lebih dovish dengan membuka peluang kepada pengurangan kadar faedah yang lebih mendalam, memandangkan pertumbuhan ekonomi pada suku pertama mungkin terjejas disebabkan penularan coronavirus.

Bagaimanapun, kenyataan RBNZ yang lebih bernada hawkish telah mengejutkan pasaran apabila bank pusat meramalkan tiada peluang untuk pemotongan kadar faedah pada tahun ini.

Menurut kenyataan RBNZ, kadar faedah yang rendah telah membantu pekerjaan dan inflasi untuk berada di sekitar paras sasaran mereka.

Pertumbuhan ekonomi dijangka akan bertumbuh dengan cepat pada separuh kedua tahun ini didorong oleh rangsangan monetari dan fiskal serta dari segi perdagangan yang tinggi.

Bank pusat menganggarkan keseluruhan impak terhadap ekonomi New Zealand disebabkan coronavirus atau COVID-19 hanya memberi kesan jangka pendek, di mana ia dapat dilihat pada separuh pertama tahun ini.

RBNZ juga mengakui bahawa beberapa sektor telah terjejas akibat wabak coronavirus termasuk pelancongan, eksport pertanian dan industri pendidikan antarabangsa.

Malah, terdapat risiko bahawa kesan itu akan menjadi lebih besar dan berterusan, tetapi bank pusat mempunyai masa untuk menyesuaikan dasar monetari jika wabak itu masih belum dapat dibendung sehingga akhir separuh pertama tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat