Recap, 4 Kisah Kontroversi Sepanjang 2021

464

Uhuk, macam banyak kisah pahit ja 2021 ni.

1. ‘Papan Catur’ Serba Dinamik yang berselerak menunggu ‘Checkmate’

Audit, saman, pemalsuan dan dakwaan.

Suatu masa dahulu, Serba Dinamik merupakan syarikat perkhidmatan dan penyelesaian kejuruteraan yang stabil di Malaysia.

Namun, segala-galanya bermula apabila Serba Dinamik menyaman juruauditnya, KPMG ekoran pendedahan urus niaga dan penghutangan syarikat berjumlah RM3.5 bilion yang membawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memulakan siasatan. Kemudian, Serba Dinamik melantik Ernst & Young Conculting Sdn Bhd (EY Consulting) sebagai juruaudit baharu dan turut menyaman mereka kerana sebab yang sama.

Kumpulan tersebut turut menyaman Bursa Malaysia dengan dakwaan bahawa pengawal selia Bursa telah bertindak melebihi kuasanya yang ingin mendedahkan penemuan fakta pada 22 Oktober.

Keadaan bertambah keruh apabila Serba Dinamik memalsukan kenyataan yang dihantar ke Bursa sehingga menyebabkan SC mendakwa Serba Dinamik di mahkamah terhadap orang-orang penting Serba Dinamik.

Sahamnya menurun 78% dari RM1.61 pada May kepada 35 sen pada Oktober.

2. Isu amalan buruh paksa yang mencemarkan nama Malaysia

Isu amalan buruh paksa bermula apabila sektor pembuatan sarung tangan getah, Supermax Glove Manufacturing dan Top Glove Corp Bhd berhadapan dakwaan penderaan pekerja asing dan buruh paksa oleh Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika syarikat (AS).

Isu amalan buruh paksa mencapai klimaks apabila Dyson Ltd memutuskan hubungan dengan syarikat pembuatan barangan elekronik tempatan ATA IMS yang membawa isu tersebut ke peringkat antarabangsa dan seterusnya menurunkan pendapatan hasil syarikat sebanyak 80%.

3. AirAsia dan AirAsia X ‘hilang sayap’

Syarikat penerbangan tempatan yang menawarkan kos tambang rendah menghadapi tahun yang sukar kerana sempadan antara negara masih tidak dibuka secara sepenuhnya walaupun sekatan perjalanan telah dihapuskan.

Namun, AirAsia tetap berjaya memperolehi RM336.46 juta daripada penempatan persendirian sebanyak 470.21 juta saham dan secara keseluruhan telah mengumpul RM2.5 bilion.

Dalam pada itu, AirAsia X (AAX) telah menerima kebenaran penstrukturan semula hutangnya sebanyak RM33.65 bilion dan memperoleh hak terbitan saham baharu bagi perolehi sehingga RM300 juta dari pemegang saham sedia ada dan cadangan penempatan persendirian saham AAX baru bagi peroleh tambahan RM200 juta.

4. Bajet 2022 dan Cukai Makmur

Cukai Makmur atau Cukai Kemakmuran yang diperkenalkan oleh menteri kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam Bajet 2022 pada 29 Oktober telah menerima reaksi bercampur.

Hal ini kerana, cukai satu kali yang dikenakan kepada syarikat dengan pendapatan melebihi RM100 bilion tersebut dikenakan cukai 33% berbanding 24% bagi RM100 juta pertama sebelum ini.

Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia memberi rekasi terkejut dan menyatakan cukai tersebut sebagai ‘inisiatif kurang sesuai’ manakala Deloitte Malaysia menyatakan industri insurans dan takaful akan mendapat kesan kewangan terbesar.

Akhir kata dari Team Intraday, Selamat Tahun dan ingat ‘Baca Intraday, Baru Trade’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat