Reddit Uji Teknologi Blockchain, MATIC Raih Manfaat!

354

“Terbaiklah MATIC, adakah lepas ni harganya akan cecah $1.10 pula?”

Selepas mengalami kejatuhan 8.5% sehari sebelumnya, harga mata wang kripto Polygon (MATIC) akhirnya melepasi $1.06 pada 22 Feb 2024 apabila platform media sosial Reddit menguji teknologi blockchain melalui pembelian Ethereum (ETH) dan MATIC bagi penjualan barangan maya tertentu.

Reddit didapati ingin meneruskan penggunaan kripto itu sebagai pilihan pembayaran pada masa hadapan, oleh itu pemain pasaran aset digital bersedia bagi bekerja bersama penyelesaian ETH layer-2 seperti MATIC untuk meneroka peluang baharu.

Sungguhpun tidak mendedahkan jenis atau kuantiti tertentu, Reddit yang berkata produk dan pasukan kejuruteraannya memiliki kripto untuk tujuan tertentu telah mengakui potensi besar dilihatnya dalam teknologi blockchain.

Meskipun begitu, Reddit meluahkan ketidakpastiannya mengenai kesinambungan perniagaan dan penggunaan pengguna dalam domain itu ditambah pula masih tidak pasti sama ada kripto atau blockchain akan terus diterima pakai oleh pengguna serta perniagaan dalam jangka panjang.

Pada Khamis semalam, harga MATIC melihat tekanan jualan kuat selepas MATIC mengumumkan unlock token terakhirnya tetapi ia nampaknya merupakan reaksi seketika susulan aset digital itu cepat memulihkan penurunannya.

Peredaran lengkap bekalan MATIC membentangkan prospek kenaikan harganya terutamanya dalam jangka panjang dan dengan keseluruhan bekalan kini dalam edaran, aset digital itu turut berpeluang raih keuntungan tanpa kebimbangan tentang token tambahan yang memasuki pasaran.

Sehingga berita ditulis, harga MATIC mendaki sebanyak 2.91% pada paras $0.98 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $9 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 5.70% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat