Rekod ATH Terbaru, Rupanya Ini Sebab Ethereum Meroket!

4,432

Pada pagi tadi Ethereum (ETH) mencatatkan harga tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, didagangkan pada $2,713.

Lonjakan tersebut secara tidak langsung telah membawa nilai pasaran Ethereum lebih $310 bilion, setanding dengan nilai pasaran semasa PayPal.

Sejak awal 2021, dengan rekod tersebut ETH meningkat 258% manakala BTC pula naik hampir 90% kepada harga semasa, $54,386.

Rupanya apa yang mengundang kepada lonjakan ETH secara tiba-tiba ini disebabkan oleh pengumuman daripada European Investment Bank (EIB) yang mahu melancarkan penjualan bon digital di rangkaian Ethereum.

Sekitar $121 juta bon digital akan dilancarkan dalam jualan yang diuruskan oleh Goldman Sachs, Banco Santander dan Societe Generale.

Pada masa yang sama, ekosistem DeFi Ethereum telah mencapai rekod 2 juta pengguna!

Tidak cukup dengan itu, jumlah ETH yang dipegang exchanges (pertukaran) telah susut menunjukkan tiada tanda untuk pelabur menjual aset tersebut. Sebaliknya, koin tersebut telah disalurkan ke sektor DeFi, menyebabkan ETH yang terkunci cecah 11 juta ($29 bilion).

Jelas pengkaji di Messari, Ryan Watkins: “Jika Ethereum berjaya, ekonominya mampu berkembang pesat hingga  melepasi rekod KDNK yang dimiliki negara-negara utama. Ini akan mengubah segalanya tentang ekonomi dan politik.”

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, ETH didagangkan pada $2,622 dan BTC mencatat nilai $54,358.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat