Remaja Gagal A Level Kini Jadi Jutawan Forex

2,869

Dan Legg merupakan seorang remaja 19 tahun yang berasal dari Cheddar, Somerset mengalami kegagalan dalam pengajian A levelnya dan menuntut di kolej dalam bidang perniagaan kerana beliau tidak mempunyai pilihan lain.

Oleh yang demikian, beliau memilih untuk memulakan langkah dalam dunia forex trading dengan menonton video pembelajaran forex di Youtube ketika umurnya baru mencecah 18 tahun.

Berbekalkan wang simpanan sebanyak £500, hasil daripada pekerjaannya di sebuah restoran Thai, beliau menjalankan urusniaga forex dengan hanya menggunakan telefon bimbitnya. Hakikatnya, kedua-dua ibu bapanya tidak bersetuju dengan tindakannya dan menganggap ianya tidak akan berhasil.

Namun, Dan telah berjaya mendapatkan keuntungan pertamanya bernilai £15,000! Wah, hebat! Berdasarkan kejayaannya itu, rakan-rakannya mula tertarik untuk melibatkan diri dalam forex trading. Oleh itu, beliau mula mengajar tentang forex trading kepada mereka.

Rakan-rakannya mencadangkan supaya Dan menggunakan kepakarannya untuk memperoleh wang. Seterusnya, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat yang mengenakan caj sebanyak £300 untuk pengajian asas forex dan £1,000 untuk pengajian ‘advanced’.

Pendapatan yang diperolehi oleh beliau adalah antara £1 atau £2 juta. Dengan kekayaannya itu, Dan memiliki 2 buah rumah, beberapa buah kereta sport dan sebuah jet peribadi.

Di samping itu, beliau telah memujuk kedua-dua ibu bapanya untuk menutup kafe aiskrim mereka kerana beliau akan memberikan gaji sebanyak £2,000 setiap bulan. Memang terbaik!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat