Republikan Kaji Semula Kod Cukai, Pegawai Fed Melihat Ancaman Terhadap Ekonomi

42

Pada hari Khamis lalu, kongres Republik meneliti kembali kod cukai U.S, manakala ahli Fed memberi amaran kepada masyarakat berkenaan pelan cukai Trump dapat membawa kepada inflasi dan ketidakstabilan hutang fed.

Trump dan pihak atasan Republikan dalam kongres berharap dapat mengimplimentasikan potongan cukai terhadap sektor koporat, perniagaan kecil dan individu sebelum Januari. Menurut pandangan mereka, pengenaan cukai yang rendah dapat menjana pertumbuhan ekonomi U.S, pekerjaan dan upah pekerja.

Berikutan itu, Wall Street menunjukkan peningkatan, apabila indeks pasaran utama merekodkan penutupan tertinggi pada hari Khamis berikutan jangkaan para pelabur bahawa pelan reformasi cukai akan diimplimentasikan pada suku tahun pertama.

Phil Orlando, pengarah strategi ekuiti Federated Investors berkomentar, ”Sentimen jangkaan ini adalah disebabkan ahli-ahli kongres menunjukkan keseriusan dalam pembentukan reformasi cukai membuatkan orang ramai yakin bahawa hal-hal ini akan benar-benar dilaksanakan.” Beliau juga menjangkakan reformasi cukai akan menjana pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pendapatan sektor korporat bagi tahun 2019 dan meningkatkan indeks S&P 500 melebihi 3,000.

Walaubagaimanapun, terdapat ahli Fed yang mempertikaikan tindakan Republikan, perlaksanaan potongan cukai hanya dapat menjana pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa pendek, namun dalam masa yang sama dapat meningkatkan kadar inflasi. Selain itu, ia juga menambah bebanan hutang kerajaan dan akhirnya memperlahankan kembali pertumbuhan ekonomi.

Pada asalnya ahli fed cuba untuk menahan diri daripada memberi komentar terhadap fiskal polisi namun disebabkan tindakan pentadbiran Trump mengusulkan potongan cukai korporat dan individu sebanyak $6 trillion dan kritikan pakar-pakar ekonomi yang mengatakan bahawa ekonomi US tidak memerlukan rangsangan yang terlalu besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat