Resident Alien : Istilah Yang Jarang Didengari!

382

Resident Alien? Tak pernah dengar pun, makhluk asing ke? Istilah pelik ini sering dikaitkan dengan rakyat Amerika Syarikat.  Mari kita teliti satu per satu tentangnya.

Resident alien atau pemastautin asing ialah warga asing yang dilahirkan di Amerika Syarikat tetapi bukan warganegara itu.

Selain itu, ianya juga dikenali sebagai pemastautin tetap atau pemastautin tetap yang sah. Mereka dianggap imigran yang berdaftar sebagai penduduk negara tersebut.

Pemastautin asing mestilah mempunyai kad hijau atau lulus ujian ‘substantial presence.’ Untuk berbuat demikian, mereka mestilah berada di Amerika Syarikat selama lebih daripada 31 hari sepanjang tahun semasa serta kekal di sana dalam tempoh sekurang-kurangnya 183 hari dalam tiga tahun termasuk tahun semasa.

Menurut Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen Amerika Syarikat (USCIS), terdapat 3 jenis resident alien iaitu:

 Permanent resident atau pemastautin tetap merupakan individu yang sudah diberikan hak dalam undang-undang untuk tinggal di Amerika Syarikat.

 Conditional resident atau pemastautin bersyarat ialah individu yang menerima kad hijau selama dua tahun, yang kebiasaannya diberikan kepada individu yang telah memohon untuk pemastautin berdasarkan perkahwinan atau perniagaan.

Permohonan mestilah dibuat 90 hari sebelum tamat tempoh kad hijau atau status pemastautin tetap akan dikeluarkan.

Returning resident atau pemastautin yang kembali merupakan individu yang keluar dari Amerika Syarikat dan kembali semula ke negara tersebut. Ianya juga digelarkan sebagai imigran istimewa dan perlu memohon kemasukan semula jika berada di luar Amerika Syarikat lebih daripada 180 hari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat