REVIEW Pergerakan Matawang Euro Sepanjang Minggu Ini (2-6 April)

877

Matawang Euro adalah matawang ketiga paling banyak mengalami kerugian setakat pada pukul 10.37 malam pada Jumaat.

Pergerakan pair matawang Euro (EUR/USD, EUR/JPY, EUR/GBP, EUR/AUD, AUR/NZD) tidaklah bergerak seiring seperti matawang AUD. Walaubagaimanapun, kita dapat melihat jelas pada Selasa matawang ini melemah berbanding matawang utama yang lain selepas data PMI yang mengecewakan.

Minggu ini sekali lagi pergerakan pair Euro lebih banyak digerakkan oleh pasangannya. Contohnya pair EUR/USD dan EUR/JPY lebih banyak digerakkan oleh US dollar dan Yen.

Pada Rabu, data inflasi Zon-Eropah yang dikeluarkan menepati jangkaan dengan kenaikan 1.40%. Tidak banyak kesannya kepada Euro dengan bacaan sejajar dengan jangkaan.

Pada Rabu pergerakan pair EUR/JPY dan EUR/CHF jelas dilihat berbeza dengan pair yang lain disebabkan sentimen pasaran yang berubah-ubah disebabkan komen-komen AS dan China dalam isu perdagangan.

Kesimpulannya, minggu ini memang tidak banyak data ekonomi atau news dari Zon-Eropah yang menggerakkan matawang Euro.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat