Ribut Di Black Sea Jejas Bekalan Minyak, OPEC+ Perlu Bersiap Siaga

165

Pergerakan bekalan minyak mentah naik sedikit pada pembukaan hari ini berikutan para pelabur masih berhati-hati menunggu mesyuarat OPEC+ yang penting bagi memutuskan tahap pengeluaran selain gangguan bekalan di Black Sea yang memberi tekanan pada harga.

Minyak mentah Brent turun tiga sen kepada $81.65 per tong dan U.S. West Texas Intermediate berjaya naik 12 sen (0.2%) kepada $76.53 per tong.

Kedua-dua minyak mentah ini memperoleh kira-kira 2% kenaikan semalam berikutan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan Rusia (OPEC+) akan melanjutkan atau memperhalusi pemotongan bekalan serta kebimbangan terhadap pengeluaran minyak Kazakhstan dan kelemahan mata wang dolar AS.

Menurut Hiroyuki Kikukawa, Presiden NS Trading, unit Nissan Securities berpendapat bahawa para pelabur akan bersedia pada posisi jual menjelang mesyuarat OPEC+ di saat berlakunya gangguan dari Kazakhstan. Semua mata tertumpu pada dasar OPEC+ dan permintaan menjelang penghujung 2024.

Namun, pasaran WTI dijangka akan berlegar-legar sekitar $76 dengan julat $5 untuk seketika melainkan OPEC+ meneruskan semula pemotongan bekalan dengan ketara.

Selain itu, Warren Patterson dan Ewa Manthey, penganalisis daripada bank ING berkata bahawa jika OPEC+ gagal mencapai perjanjian awal. Berkemungkinan terdapatnya risiko penangguhan mesyuarat dan akan terus memberi tekanan pada harga minyak.

Baru-baru ini, ribut yang dahsyat di rantau Black Sea telah mengganggu bekalan sehingga 2 juta tong sehari untuk dieksport dari Kazakhstan dan Rusia. Secara tidak langsung, ia mencetuskan kebimbangan mengenai kesesakan bekalan jangka masa pendek.

Laporan Kementerian Tenaga Kazakhstan menyebut tentang kawasan pengeluar minyak terbesar di negara itu sudah mengurangkan bekalan minyak harian sebanyak 56% sejak 27 November.

Sementara itu, inventori minyak mentah AS turun sebanyak 817,000 minggu lalu dan ramai penganalisis menganggarkan secara purata bahawa inventori minyak mentah jatuh kira-kira 900,000 tong dalam seminggu sejak 24 November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat