Ringgit Bergerak ‘Baik’ Sedikit Selepas Penurunan Mendadak Pada Isnin

106

Menurut penelitian pakar, ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS yang kukuh disebabkan ekuiti Amerika Syarikat (AS) terus menunjukkan prestasi yang menggalakkan.

Tepat jam 10.40 pagi tadi, ringgit berada pada paras 4.7590 berbanding dolar AS daripada ia ditutup semalam pada 4.7629.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Bhd, Dr Afzanizam berkata Indeks S&P 500 telah menghampiri 5,000 mata dan Perbendaharaan AS 10 tahun pula menyaksikan hasil yang lebih rendah iaitu sebanyak 4.093%.

Katanya lagi, permintaan pelabur lebih positif walaupun jangkaan pendirian Fed dalam menentukan kadar faedah mungkin diturunkan dalam tempoh terdekat.

Walau bagaimanapun, beliau percaya bahawa ringgit akan kekal berlegar-legar sekitar RM4.76 berbanding dolar sepanjang hari ini.

Tumpuan pasaran pada hari ini lebih terarah pada data CPI China yang telah mencatatkan laporan negatif untuk bulan keempat berturut-turut. Harapannya adalah kerajaan China perlu meningkatkan rangsangan ekonomi bagi memulih situasi semasa.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun di mana ia meningkat kepada 3.2137/2163 daripada 3.2159/2212 pada penutup Rabu.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 6.0152/0196 daripada 6.0095/0190 semalam dan susut berbanding euro kepada 5.1326/1364 daripada 5.1233/1314 sebelumnya.

Mata wang tempatan itu juga didagangkan lebih rendah berbanding mata wang Asean lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5460/5489 berbanding 3.5415/5474 pada Rabu dan lebih rendah berbanding baht Thailand pada 13.3676/3819 daripada 13.3650/3917 semalam.

Ia juga rendah berbanding rupiah Indonesia pada 304.5/305.0 berbanding 304.2/304.8 pada penutup Rabu dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.51/8.53 daripada 8.50/8.52 sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat