Ringgit Bergerak Stabil Sedikit, Sempat Memulih Menjelang Keputusan OPR

125

Ringgit Malaysia (RM) dibuka tidak ketara pada hari ini disebabkan oleh para pelabur menantikan mesyuarat Bank Negara Malaysia (BNM) dalam penetapan dasar monetari serta pengumuman Kadar Polisi Semalaman (OPR) terkini.

Tepat jam 9 pagi tadi, ringgit dibuka rendah iaitu pada 4.7270 berbanding dolar AS daripada 4.7265 semalam.

Menurut Pengarah Pengurusan SPI Asset, Stephen Innes berkata pasaran menjangkakan BNM akan menetapkan kadar faedah pada 3.0 peratus pada keputusannya akan datang.

Berdasarkan laporan media, kerajaan China merancang untuk menyuntik 2 trillion yuan ke dalam ekonominya untuk meningkatkan keyakinan pasaran dan pelabur tempatan. Secara tidak langsung, ini akan memberi kelebihan kepada mata wang Asia Tenggara untuk mengukuh.

Ada jangkaan yang menyatakan bahawa ringgit akan memecut tinggi menewaskan kumpulan mata wang Asean lain jika cadangan pelan rangsangan China dilaksanakan.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1900/1946 daripada 3.1994/2013, meningkat berbanding pound British kepada 5.9976/6.0059 daripada 6.0159/0191 dan bertambah baik berbanding euro kepada 5.1293/13657 daripada 5.14857 pada penutupan semalam.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan juga didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang Asean.

Ia meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.5242/5293 daripada 3.5283/5304, naik berbanding baht Thailand kepada 13.2106/2343 daripada 13.2395/2521 dan meningkat berbanding peso Filipina pada 8.39/8.41 daripada 8.41/8.

Namun, ia didagangkan rendah sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 302.3/302.7.4 daripada 302.2/302.4 pada penutupan semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat