Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding USD, FOMC Bakal Beri Petunjuk Baharu!

506

Hari ini, nilai ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS menjelang pasaran masih menantikan keputusan dasar monetari AS dalam menentukan kadar faedahnya nanti.

Federal Reserve (Fed) AS dijangka membincangkan dasar monetarinya dan membuat keputusan mengenai kadar faedah pada awal pagi esok selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) untuk tahun ini.

Tepat jam 9.05 pagi tadi, ringgit bergerak positif pada 4.7250 berbanding dolar AS daripada 4.7255 semalam.

Menurut ActivTrades, Dyogenes Rodrigues berkata jangkaan Fed buat masa ini adalah mengekalkan kadar faedahnya dan ini boleh memberi kekuatan kepada ringgit dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Dari sudut teknikal, jika ringgit berjaya menembusi bawah 4.7200, ia berpotensi untuk meneruskan pengukuhannya setinggi 4.6550 dalam beberapa hari.

Walau bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama kecuali yen Jepun iaitu naik 3.2032 daripada 3.2061 pada penutup Selasa.

Ringgit sugul berbanding pound Britain kepada 5.9970 daripada 5.9924 dan euro kepada 5.1224 daripada sebelumnya 5.1163.

Sementara itu, mata wang tempatan itu juga kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean. Ia susut berbanding dolar Singapura dan baht Thailand.

Namun, ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina dan rupiah Indonesia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat