Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding USD, Hasil Perbendaharaan AS Lebih Rendah

113

Ringgit meneruskan aliran kenaikan menyambung penutupan Jumaat lepas dengan dibuka lebih tinggi hari ini di tengah-tengah kelemahan dolar AS dan hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah.

Pada jam 9 pagi, ringgit lebih tinggi pada 4.7330/7400 berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.7370 pada minggu lepas.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam berkata ringgit sepatutnya berada dalam kedudukan yang lebih baik hari ini berikutan data Non-Farm Payrolls (NFP) AS yang lebih rendah daripada jangkaan Jumaat lepas.

Data itu menyokong pandangan bahawa Federal Reserve (Fed) berada di landasan yang betul untuk mengurangkan kadar tahun ini.

Ini juga akan memberikan sokongan kepada mata wang pasaran yang sedang pesat membangun termasuk ringgit.

Dilaporkan bahawa hasil Perbendaharaan AS susut kira-kira tujuh mata asas kepada 4.5% pada hari Jumaat selepas laporan pekerjaan AS April menunjukkan pertumbuhan senarai gaji yang lebih lemah daripada jangkaan dan peningkatan yang tidak dijangka dalam kadar pengangguran.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.0850/0900 daripada 3.0947/0968 pada penutup Jumaat, mengukuh berbanding pound British kepada 5.9404/9492 daripada 5.9487/9525 tetapi susut berbanding euro kepada 5.0960/50.929 daripada sebelumnya 5.0960/50369

Nota tempatan itu didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8702/8969 daripada 12.8723/8850 pada Jumaat dan meningkat sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 294.2/294.8 daripada 294.4/294.8 sebelumnya.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5051/5106 daripada 3.5027/5054 pada Jumaat dan lemah berbanding peso Filipina kepada 8.27/8.30 daripada 8.25/8.27 seminggu sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat