Ringgit Digital – Adakah Malaysia Sudah Bersedia?

1,592

Terkini, Rangka Tindakan Sektor Kewangan Bank Negara 2022 hingga 2026 bakal menghidupkan semula perbincangan mengenai pelancaran mata wang digital bank pusat walaupun sebelum ini mereka menyatakan masih tidak mempunyai perancangan segera.

Langkah ini mula mendapat perhatian disebabkan oleh pelancaran Identiti Digital Kebangsaan atau ID Digital untuk rakyat Malaysia dengan menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi orang pertama Malaysia yang memperoleh pengenalan digital pada Jumaat Lepas.

Pelancaran Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC) adalah wang digital yang sama seperti mata wang kripto Bitcoin yang terkenal. Ia akan dikeluarkan oleh bank pusat dengan mempunyai nilai tetap yang sama dengan mata wang kertas.

Menurut laporan Investopedia, wang fiat tradisional seperti wang kertas dan syiling akan didigitalisasikan dalam model kredit. Di China, ekonomi mereka yang merosot disebabkan pandemik Covid-19 telah mencetuskan trend teknologi bagi memastikan pergerakan ekonomi mereka tidak terbatas.

Ketua jualan ekuiti Rakuten Trade, Vincent Lau berpendapat bahawa mungkin terlalu awal bagi kebanyakan negara untuk melaksanakan CBDC kerana rata-rata di antara mereka masih memerhati dan mengkaji di peringkat POC.

Kebangkitan semula harga Bitcoin pada tahun lalu telah menghidupkan minat mata wang digital seperti Amerika Syarikat mengeluarkan perintah eksekutif baru-baru ini untuk menetapkan piawaian persekutuan bagi mengawal kecerdasan buatan yang mampu menghasilkan lebih banyak wang kripto.

Penganalisis perbankan berkata bahawa CBDC akan menyediakan pelbagai manfaat dan keburukan kepada sistem kewangan. Ia berpotensi untuk meningkatkan kecekapan pembayaran, menambah baik rangkuman kewangan dan meningkatkan keselamatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat