Ringgit Diniagakan Rendah Berbanding Dolar AS

165

Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS susulan perkembangan terbaru daripada perang dagangan AS dan China yang mana kedua-dua negara tersebut saling berbalas penambahan tarif masing-masing ke atas barangan import.

Unit tempatan berada pada 4.2050/2090 berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini daripada 4.1900/1930.

Penyusutan ringgit disebabkan dolar AS yang mengukuh berikutan peningkatan kadar tarif oleh AS sebanyak 5% ke atas barangan import China selepas China mengenakan tarif balas ke atas barangan AS yang bernilai US$75 bilion.

Kesan daripada peningkatan tersebut turut menyebabkan mata wang yuan susut kepada 7.1710 berbanding dolar AS sekali gus mempengaruhi nilai mata wang serantau. Perang dagangan ini telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi global dan meningkatkan kebimbangan pasaran terhadap kemelesetan ekonomi dunia.

Secara keseluruhan, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding kebanyakkan kumpulan mata wang utama.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0254/0294 daripada 3.0213/0237 dan susut berbanding yen kepada 3.9971/4.0021 daripada 3.9284/9237.

Selain itu, berbanding pound British, ringgit turun kepada 5.1579/1640 daripada 5.1147/1201 manakala berbanding euro, ia susut kepada 4.6848/6897 daripada 4.6333/6383.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat