Ringgit Kekal Bawah RM4.70 Berbanding USD Minggu Ini

148

Ringgit Malaysia (RM) dijangka akan didagangkan dalam julat ketat antara RM4.67 hingga RM4.68 berbanding dolar AS minggu ini disebabkan ramai trader sedang mencari arah pasaran baru.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam meramalkan bahawa perbincangan pasaran mengenai potensi pemotongan kadar faedah AS mungkin meningkat pada bulan ini.

Nonfarm Payroll AS, kadar inflasi dan tuntutan faedah pengangguran mendorong kepada pasaran buruh yang lemah. Inflasi menurun kepada 3.2% pada bulan Oktober dan tuntutan faedah pengangguran meningkat kepada 231,000.

Katanya lagi, persoalannya sekarang ialah pemotongan kadar faedah dan kecuraman Fed yang tidak menentu akan membuatkan ringgit dijangka kekal dalam julat ketat. Fokus minggu ini adalah laporan minit FOMC untuk pandangan pasaran.

Hong Leong Research melaporkan bahawa ringgit akan mengalami penurunan berbanding mata wang G10 dan serantau kecuali yen Jepun dan dolar Hongkong. Ringgit juga turut didagangkan rendah berbanding mata wang asia lain.

Dolar Singapura, rupiah Indonesia dan baht Thailand mengalami penurunan nilai. Manakala, peso Filipina bertambah baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat