Ringgit Kekalkan Mod Berhati-Hati Menjelang Keluaran Data-Data Penting AS Minggu Ini!

66

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada pembukaan dagangan Rabu menjelang pengeluaran data ekonomi AS utama pada minggu ini.

Tepat jam 10.20 pagi, ringgit meleset sedikit ke paras 4.7200 berbanding dolar AS daripada ia dibuka pada sesi awal dagangan 4.7170 pagi tadi.

Pasaran kini menjangkakan satu siri penting akan dikeluarkan iaitu laporan pekerjaan ADP AS, Tuntutan Pengangguran Awal dan Indeks ISM untuk sektor bukan perkilangan bergerak seimbang sekiranya data lebih baik daripada jangkaan.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 2.9170/9197 daripada penutup semalam pada 2.9195/9213, susut berbanding pound British kepada 5.9794/9845 daripada 5.9628/9659 semalam dan susut berbanding euro kepada 5.0646 daripada 5.0556 sebelum ini.

Walau bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding rakan rantau Asean.

Mata wang tempatan itu sedikit lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.4736/4768 berbanding penutup semalam 3.4737/4757. Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7937/8096 daripada 12.8021/8141.

Ia juga mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.01/8.03 daripada 8.02/8.03 pada penutup Selasa dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 287.4/287.8 daripada 287.8/288.1. – Bernama

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat