Ringgit Lemah Pada Pembukaan Dagangan, USD Bergerak Hambar

52

Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada awal Khamis didorong oleh sentimen dolar AS yang bertambah baik.

Pada jam 10 pagi, ringgit berada pada RM4.7090 berbanding USD daripada ia ditutup pada 4.7055 semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit berkemungkinan didagangkan susut sedikit hari ini kerana carta teknikal menunjukkan USD/MYR berada dalam zon neutral.

Indeks Dolar AS (DXY) kekal di atas 105 mata disebabkan oleh kelemahan mata wang euro, yen Jepun dan pound sterling yang menyumbang lebih daripada 80% dalam pergerakan indeks.

Ringkasnya, unjuran dolar AS yang kukuh dalam tempoh terdekat kekal dominan.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dalam dagangan awal.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9797/9828 daripada penutup Rabu 2.9806/9821 dan meningkat sedikit berbanding pound Britain kepada 5.9872/9929 daripada 5.9896/9922.

Bagaimanapun, ia lemah berbanding euro kepada 5.0592/0641 daripada 5.0518/0540 sebelumnya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding rakan setara Asean.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4856/4892 daripada 3.4832/4850 semalam dan jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.8420/8585 daripada 12.8257/8354.

Ia juga turun berbanding rupiah Indonesia kepada 287.6/288.1 daripada 287.4/287.7 pada penutup Rabu, manakala tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.01/8.02.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat