Ringgit Makin Positif, Kukuh Berbanding USD Sekitar RM4.73

129

Ringgit memulakan sesi dagangan Jumaat dengan lebih positif apabila ia mengukuh berbanding dolar AS yang didorong oleh permintaan tinggi ketika minat terhadap USD semakin berkurang.

Pada jam 9 pagi tadi, ringgit positif kepada 4.7360 berbanding dolar AS daripada 4.7395 yang dicatatkan semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut kepada 105.218 mata ketika data Tuntutan Pengangguran Awal (IJC) negara itu melonjak kepada 231,000 minggu lepas berbanding 209,000 pada minggu sebelumnya.

Peningkatan data itu membuktikan bahawa lebih ramai rakyat AS melakukan tuntutan insurans apabila tidak bekerja yang boleh dikaitkan dengan senario pasaran tenaga kerja yang lemah.

Katanya lagi, perkembangan itu hanya memberi sokongan kepada jangkaan pengurangan kadar faedah AS ketika Federal Reserve (Fed) berkemungkinan mahu mengalihkan perhatian daripada mengurangkan inflasi kepada pertumbuhan semula.

Dengan ini, ringgit sepatutnya menunjukkan prestasi yang lebih memberangsangkan. Jika data terus lemah di masa akan datang, ini akan terus meningkatkan nilai mata wang yang sedang pesat membangun termasuk ringgit.

Sementara itu, unit tempatan itu didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama termasuk yen Jepun yang susut kepada 3.0451 daripada 3.0401, pound Britain kepada 5.9299 daripada 5.9177 dan rendah berbanding euro kepada 5.1054 daripada 5.0855 sebelum ini.

Selain itu, ringgit juga didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5006 daripada 3.4939, rendah berbanding baht Thailand kepada 12.8920 daripada 12.8303. Namun, ia kukuh berbanding rupiah Indonesia pada 295.0 daripada 295.3 dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.26.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat