Ringgit Malaysia Kekal Kukuh

226

Ringgit Malaysia dibuka lebih tinggi berbanding US Dollar hari ini, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap mata wang yang berisiko.

Pada pukul 9.05 pagi, Ringgit Malaysia dibuka pada 4.2450/2500 berbanding US Dollar pada 4.2500/2550 ketika ditutup semalam.

Dilaporkan, para pelabur sedang menunggu keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat AS, Federal Reserve (Fed) yang akan diumumkan pada awal pagi Khamis nanti. Pelabur berkemungkinan melihat Fed akan terus meningkatkan pelonggaran dasar untuk berdepan krisis pandemik dengan penularan terbaru di beberapa kawasan utama.

Sementara itu, Ringgit Malaysia didagangkan rendah berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran.

Berbanding matawang Asia, Ringgit Malaysia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0819/0860 daripada 3.0808/0851 semalam tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 4.0290/0342 daripada 4.0346/0397.

Namun, Ringgit Malaysia menurun berbanding pound Britain kepada 5.4710/4778 daripada 5.4587/4668 dan susut berbanding euro kepada 4.9934/5.0010 daripada 4.9746/9822 sebelum ini.

 

Anda mungkin juga berminat