Ringgit Masih Tiada Hala Tuju, Sampai Bila Akan Longlai?

473

Hari ini, mata wang Ringgit Malaysia (RM) kekal dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan indeks dolar AS (DXY) naik sebanyak 0.1% kepada 104.153. Para trader sudah menjangka berkenaan pemotongan kadar faedah oleh Bank Pusat Eropah yang akan turut memberi sokongan semula kepada dolar AS.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Afzanizam Rashid berkata pasaran bon akan terus meningkat dengan berpandukan petunjuk pasaran buruh yang semakin lemah.

Katanya lagi, hasil perbendaharaan AS 10 tahun menurun sebanyak enam mata asas kepada 4.10% dan UK 10 tahun pula turun sebanyak lapan mata asas kepada 3.94%. Ini menunjukkan bahawa Federal Reserve (Fed) yakin terhadap pasaran bon dengan menjangkakan pertumbuhan global yang lebih lemah pada 2024.

Disebabkan indeks dolar AS terus kekal positif, ringgit dijangka akan berlegar-legar sekitar RM4.66 hingga RM4.68 pada hari ini.

Selain itu, ringgit dilihat lebih mengukuh berbanding mata wang utama dunia lain kecuali dolar AS. Ia berada pada nilai 4.6705 berbanding penutupan semalam pada 4.6665.

Berbanding euro pula, ringgit meningkat kepada 5.0301 dan pound Britain pula kepada 5.8666. Lain pula dengan yen Jepun, ia jatuh ke paras 3.3067 berbanding sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat