Ringgit Positif Berbanding USD, Lanjutkan Rentak Kukuh Sepanjang Q2 2024

65

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Khamis di saat keadaan isyarat ekonomi AS yang bercampur-campur.

Jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6940 berbanding USD daripada penutup Rabu pada 4.6970.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran buruh AS terus menunjukkan kelemahan apabila data Pertambahan Pekerjaan ADP kurang daripada jangkaan iaitu 152,000 pada Mei berbanding sasaran pasaran sekitar 188,000.

Dilaporkan tinjauan Indeks Pengurus Pembelian (ISM) pada bulan Mei mencatatkan pemulihan kepada 53.8 mata melebihi jangkaan pasaran pada 50.8 mata.

Sementara itu, pemotongan kadar faedah tekini oleh Bank of Canada (BoC) sebanyak 25 mata asas nampaknya telah meningkatkan daya tarikan dolar AS memandangkan pasaran melihat Federal Reserve (Fed) tidak berniat untuk lakukan pemotongan kadar faedah dengan segera.

Buat masa ini, ringgit mampu bergerak ketat sepanjang hari kerana pasaran akan kekal berhati-hati menjelang laporan NFP pada Jumaat dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada minggu hadapan.

Ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding euro kepada 5.1085/1117 daripada 5.1070/1087 pada penutup Rabu, susut berbanding yen Jepun kepada 3.0173/0194 daripada 3.0099/0111 dan susut berbanding pound British kepada 6.0093/0131 daripada 6.0040/0023 sebelum ini.

Ringgit kebanyakannya rendah berbanding rakan setara Asean.

Ia jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.8321/8453 daripada 12.7994/8091 pada penutup semalam, rendah sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.4858/4883 daripada 3.4857/4871 dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.00/8.01 daripada 7.99/7.99.

Nota tempatan meningkat sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 288.2/288.5 daripada 288.3/288.6 pada penutup semalam. – Bernama

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat