Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar Singapura, Euro dan Sterling

84

Ringgit didagang tinggi berbanding dolar US pada awal pasaran hari ini selepas permintaan kepada ringgit tempatan sedikit bekurang akibat pelabur mula mengalih tumpuan mereka kepada data inflasi US pada hari ini.

Unit tempatan berada pada paras RM4.1995 berbanding greenback, naik 0.18% setakat jam 12 tengahhari, selepas tutup 4.1900 semalam.

Data inflasi US malam ini penting dalam membantu Federal Reserve membuat keputusan terhadap pelan kadar faedah mereka. Walaupun ringgit lemah berbanding dolar, namun masih kekal di bawah paras RM4.20  untuk tempoh 5 hari dagangan berturut-turut.

“Jangkaan kami bahawa ringgit akan berada sekitar 4.25-4.30 berbanding dolar sehingga pertengahan tahun 2018 berikutan jangkaan normalisasi polisi monetari US serta pengecilan penyata imbangan mereka akan menyokong kenaikan kadar faedah fed tidak lama lagi,” kata ketua ekonomi Maybank, Suhaimi Ilias.

Ringgit mengukuh berbanding dolar singapura dengan SGD/MYR susut 0.19% kepada RM3.1093 selepas tutup di paras RM3.1152 pada sesi yang lalu. Ringgit turut kuat berbanding matawang di kawasan eropah dengan GBP/MYR jatuh 0.33% kepada RM5.5446 dan EUR/MYR susut 0.68% kepada RM4.9863.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat