‘Ripple Akan Menang’ – Bekas Pegawai SEC

5,041

Nasib Ripple masih menjadi teka-teki ketika tarikh pra-perbicaraan semakin mendekat, 22 Februari ini.

Bagaimanapun, bekas pegawai eksekutif Securities and Exchange Commission (SEC), Joseph A. Hall dalam satu temubual mendedahkan ada potensi kemenangan akan berpihak kepada pembangun matawang kripto, XRP itu.

Hall dalam satu artikel Law360 yang diterbitkan pada bulan lepas, menerangkan bagaimana Howey Test oleh SEC tidak cukup untuk menentukan satu aset kripto sebagai sekuriti:

“Bayangkan bagaimana mahu menerangkan apa itu iPhone dalam bahasa yang moyang anda fahami sebaik sahaja tamat Perang Dunia II. Macam itulah senangnya untuk menjangkakan aset digital manakah adalah sekuriti berdasarkan Howey Test.”

Memetik kenyataan daripada pengerusi SEC ke-27, William H. Donaldson pada 2018, “Ethereum (ETH) mungkin diwujudkan sebagai sekuriti tapi selepas itu berubah menjadi bukan sekuriti”, Hall menegaskan XRP wajar mendapat layanan yang sama, walaupun pada awalnya timbul isu berkaitan penjualan awal XRP, tapi pada ketika ini status XRP itu sendiri sudah jelas.

Terbaru, menerusi temubual dalam siaran Youtube ‘Thinking Crypto’, Hall ada berkongsi pendapatnya terhadap pandangan hakim berkenaan isu ini:

“Mungkin hakim akan menyoal SEC, ‘Jika XRP merupakan satu isu, kenapa sekarang? Apa yang sedang berlaku?’ Jadi, tindakan membuka kes XRP dengan fakta bukanlah yang terbaik untuk SEC. Saya rasa SEC akan kalah.”

Secara tidak langsung kesamaran perundangan ini jelas menjejaskan perkembangan teknologi blockchain di Amerika Syarikat (AS).

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.45 dengan lonjakan sebanyak 16.3% sejak semalam.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat