Giliran Ripple Pula Kepung SEC!

3,530

Seperti yang dijanjikan, Ripple akhirnya telah menfailkan balas terhadap tuduhan Securities and Exchange Commissions (SEC) Amerika Syarikat (AS) yang dibuat pada pertengahan Disember 2020.

Dalam 93 mukasurat pernyataan pembelaan yang difailkan pada Sabtu, Ripple telah menjawab satu-persatu tuduhan SEC dengan menfokuskan kepada fungsi Ripple serta hubungannya dengan matawang kripto yang lain dari segi harga.

Antara kenyataan Ripple:

  • XRP bukanlah ‘kontrak pelaburan’, menegaskan ia adalah matawang maya yang mana luar dari bidang SEC. Ripple juga tidak pernah menjalankan initial coin offering (ICO) untuk mengumpulkan dana dan tiada hubungan dengan sebahagian besar pemegang XRP.
  • Ripple juga menegaskan tiada penyelia undang-undang yang menganggap XRP sebagai sekuriti kecuali SEC yang nekad untuk ‘membatalkan’ XRP sebagai matawang maya yang telah wujud sejak pentadbiran Obama.
  • Antara penyelia undang-undang yang bersetuju XRP bukan sekuriti termasuklah Rangkaian Penguatkuasaan Jenayah Kewangan (FinCEN) dan Jabatan Kehakiman AS. Kedua-duanya terima XRP sebagai matawang maya pada 2015 dan 2020. Selain mereka, Pihak Berkuasa Pengendalian Kewangan UK (FCA) dan penyelia undang-undang Singapura dan Jepun turut berpendapat yang sama.
  • Ripple mendakwa SEC berat sebelah dengan membezakan fungsi semasa XRP dengan fungsi BTC dan ETH dengan menetapkan kedua-dua aset kripto ulung itu sebagai bukan sekuriti. Lebih penting, XRP tidak melibatkan proses perlombongan seperti BTC dan ETH yang tidak mesra alam.
  • Ripple juga menuduh SEC telah memutarbelit fakta dan membuat kesimpulan yang tidak disokong fakta dan undang-undang, serta luar konteks.

Susulan daripada serang balas Ripple kepada SEC, XRP dilihat mula meningkat 18%.

Ketika penulisan, altcoin ini didagangkan pada $0.54, melonjak 28.8% dalam 24 jam, menjadikan jumlah permodalan pasaran mencecah lebih $24 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat